Che Ta Nafi Diri Hamil & Tidak Rancang Tambah Anak

Gara-gara memuat naik kepsyen di Instagram, ruangan komen milik Rozita Che Wan dihujani dengan ucapan tahniah oleh para peminatnya yang menyangka pelakon jelita itu hamil buat kali kedua. Namun, Che Ta menafikan desas-desus berkenaan dan menjelaskan bahawa kepsyen itu sekadar suka-suka sahaja.

BACA: “Tak Sia Sia Che Ta Bawa 20 Buah Beg Pergi Melancong”

Screen Shot 2016-04-18 at 11.50.14 AM

“Tidaklah, mana ada saya hamil. Kapsyen yang ditulis di akaun Instagram sekadar suka-suka sahaja. Tidak tahu pula orang lain ambil serius,” katanya kepada Kosmo Online berhubung tanggapan orang ramai yang menyangka beliau sekali lagi berbadan dua selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana.

Tambah isteri kepada Zain Saidin itu lagi, buat masa sekarang ini beliau masih tidak membuat sebarang perancangan untuk menambah bilangan anggota keluarga memandangkan usianya yang semakin meningkat. Malah untuk mengandung pada usia sebegitu, risiko yang perlu dihadapi oleh wanita agak tinggi juga. (rkty/w)

×