Baru-baru ini, pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta membelikan gelang emas buat ibu tercinta sempena Aidiladha.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Che Ta dilihat ke sebuah kedai emas bersama ibunya. Che Ta turut menulis kapsyen dia membawa ibuna membeli gelang sempena raya haji dan mengakui rambang mata.
BACA: “Antara Artis Yang ‘Mencabar’ Nafsu Saya Adalah Che Ta” – David Teo
@rozitachewan1 Bawak mak mai beli gelang qaya haji … Qambang mataaaaa mai #angsaemasjewellery #cheta #emas #rcw #fyp
“Bawa mak pergi beli gelang raya haji. Rambang mata datang,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian apabila Che Ta mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada beg tangannya untuk membayar gelang berkenaan secara tunai.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu kerana membahagiakan ibu serta tidak lokek berkongsi rezeki dengan keluarga.
Dalam pada itu, ada juga netizen berharap mereka juga dapat melakukan perkara sama buat ibu mereka suatu hari nanti.