Pasti ramai tahu sejak semalam kecoh mengenai seorang penyanyi dan kompeser BBNU didakwa mencekik seorang pekerja stesen minyak di Ampang. Ramai netizen tertanya-tanya siapakah penyanyi tersebut dan beberapa nama selebriti turut dikaitkan dengan isu tersebut.
Namun, segala persoalan terjawab apabila hari ini BH Online melaporkan artis yang dimaksudkan adalah Zynakal, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terbang.
BACA: Bukan Calang Calang Nama, Zynakal Lancar Lagu Baru
Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli didenda sebanyak RM2,800 hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman tersebit selepas penyanyi rap itu mengaku bersalah atas kesalahan mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas,
Zynakal didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, jam 3 petang, pada 28 Ogos lalu.
Dia juga turut didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, pada hari yang sama.
Penyanyi itu dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda dikurangkan atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai penulis lirik dan pencipta lagu. Bagaimanapun rayuan itu ditolak bagi memberi pengajaran.