Azam tahun baru pastinya akan membuatkan kita termotivasi untuk lebih bekerja keras, bukan? Masuk tahun baru juga pastinya membuatkan kita lebih bersemangat untuk menjadi yang lebih baik dan begitu juga buat penyayi rap, Caprice. Baru-baru ini dia memuatnaik gambar produk terbarunya yang akan berada di pasaran pada tahun 2019 nanti.
BACA: Caprice Buat Kejutan Hadiahkan Banglo 3 Tingkat Untuk Ibu
Menurut kenyataan ringkasnya di dalam post berkenaan, dia memberi gambaran bahawa mahu menjadi seperti Aliff Syukri yang mana rata-rata mengetahui bahawa dia merupakan salah seorang jutawan kosmetik di negara ini. Untuk pengetahuan anda, Caprice mengeluarkan produk penjagaan wajah.
Perkara tersebut dilihat turut menerima reaksi positif di ruangan komen di mana rata-rata peminatnya memberi sokongan penuh terhadapnya. Selain itu ada juga yang berharap agar produk penjagaan wajahnya itu nanti selamat digunakan dan tidak memudaratkan pengguna.
Baru-baru ini, Caprice turut menerima pelbagai komen positif dan negatif gara-gara berkongsikan video tentang dia membeli rumah baru buat ibunya. Tapi apa yang pasti, sekurang-kurangnya kita melihat perubahan individu ke arah yang lebih baik dan bukan hanya tinggalkan komen dengan penuh sifat dengki dan tidak berpuas hati. (rtky/s)