Umum mengetahui, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah Umrah pertama kali sebagai suami isteri.

Menerusi Instagram, pasangan itu tidak lokek berkongsikan momen istimewa mereka ketika menziarahi tempat menarik di sana.

BACA: Kamal Adli & Uqasha Berangkat Tunai Umrah, Bawa Doa Untuk Mangsa Banjir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Turut menjadi perhatian, Kamal Adli ada memuat naik fotonya bersama isteri sedondon memakai busana merah hati melawat Masjid Quba dan Bukit Uhud.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Uqasha lebih cantik berhijab dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah untuk bertudung.

Terdahulu, Uqasha dikecam teruk oleh netien apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun 2016 selepas tiga tahun bertudung.

Dua minggu lalu, Kamal dan Uqasha mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah sebulan mendirikan rumah tangga apabila selamat diijabkabulkan pada 5 November lalu.

×