“Bukan Tak Nak Breastfeeding Anak Lepas Lahir, Tapi…”

Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, perkongsian Elfira Loy yang meminta pendapat pengikutnya di Instagram mengenai jenis botol susu yang patut dibawa ke hospital disalah ertikan.

Elfira menjelaskan, dia tiada niat untuk memberi susu formula sepenuhnya kepada anak sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Ujarnya lagi, dia hanya menyediakan keperluan bayi memandangkan tidak tahu keadaannya selepas bersalin kelak.

BACA: “Baju Tak Sendat Sana Sini, Pandai Suami Dia Didik”

 

“Bukan saya tak nak breastfeeding baby terus lepas dia lahir tapi manalah tahu kotlah tak sure dia minum ke tak, ada ke tak susu, larat ke tak, ke tak panjang umur… Wallahualam.

“Janji El adalah sediakan. Cuma I don’t know which one is the best. Tapi ada jugak cakap nurse bagi guna sudulah, syringe lah,” tulisnya.

Kata Elfira lagi, sudah tentu dia mahu menyusukan bayinya sepenuhnya namun botol itu digunakan sebagai tambahan jika mempunyai susu badan yang berlebihan. Dalam pada itu, Elfira turut meminta netizen tidak perlu kalut tentang isu tersebut.

“Of course I wanna fully breastfeed the baby just like any other mothers out there. Bottles are for backups. Pumping pulak kot lah nak duduk lama sikit pastu rasa macam eh banyak pulak susu.

“Guna pilah pump bagi rasa tak sakit pastu simpanlah dapat juga susu dari buang. Sat gi pak dia pun boleh rasa susukan anak dia,” jelasnya.

Bakal menimang cahaya mata sulung pada Oktober ini, kami mendoakan semoga proses kehamilan dipermudahkan. Tak sabar nak tengok Elfira Junior!

×