Pelakon Nur Fazura mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia selepas dah bercerai dengan aktor, Fattah Amin.
Memetik mStar Online, Fazura berkata dia bukan mahu bersikap riyak tetapi hanya berkongsi situasi sedang dilaluinya.
BACA: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan
“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riyak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah,” katanya.
Sementara itu, Fazura berkata dia enggan ambil peduli dengan kecaman dilemparkan terhadap dirinya dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Tak mengapa, saya tenang saja. Terserah kepada Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah,” katanya.
Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya kini berusia 4 tahun.
SUMBER: mStar Online