Kenyataan dibuat pelakon veteran, Kazar yang menyifatkan kemelut melanda rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof melibatkan anaknya, Ira Kazar mendapat perhatian aktres berkenaan.
Menerusi satu perkongsian, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik berita yang dimuat naik Rotikaya semalam berserta kapsyen, ”Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang…”.
BACA: “Kalau Boleh Berdamailah, Bukan Masalah Besar Sangat” – Kazar
Menerusi entri itu juga, Puteri Sarah turut meminta netizen membincangkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Kazar itu.
Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kesal dengan kenyataan dibuat boleh Kazar.
Malah, ada netizen yang mempersoalkan semula bagaimana rasanya jika satu hari nanti jika rumah tangga anak aktor itu pula diganggu.
Terdahulu, Kazar berharap masalah melihat Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan dengan segera dan berdamai. Enggan mengulas lanjut mengenai kes melibatkan anaknya itu, Kazar berkata sebagai bapa dia memberikan sokongan penuh terhadap Ira.