Baru-baru ini perkongsian pempengaruh media sosial Ameera Khan menjadi perhatian apabila dilihat mesra bersama aktor sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Umum mengetahui, Sebelum ini, Jefri membuat pengakuan dalam sebuah podcast bahawa dia pernah tidur dengan 20 wanita.
BACA: Ameera Khan Dedah Lebih Terpikat Dengan Lelaki Indonesia
Melihatkan video mesra Ameera dengan aktor itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang susulan pendedahan dibuat oleh Jefri sebelum ini.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan kedua-dua mereka hanya sekadar berkawan sahaja.
Sebelum ini, timbul gosip mendakwa mengenai hubungan mereka, namun didakwa berakhir selepas Ameera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram Jefri.