Bukan Calang-Calang IWK Sekarang Siap Bagi Rebat, Jimat Banyak!

Kalau macam ini caranya boleh jimat banyak time nak bayar bil nanti. Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd siap bagi rebat buat semua penggunanya. Yang menarik sekali rebat tu akan dimasukkan ke dalam bil akan datang. Memang jimat lah!

Kalau korang nak tahu, IWK sekarang telah menganjurkan kempen e-Bill Jer! Daftar bil pembetungan melalui emel dan korang boleh dapatkan rebat RM2.00 dalam bil pembetungan yang seterusnya.

Dengan beralih kepada bil elektronik, bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran kertas dan kesannya terhadap alam sekitar, malah korang juga boleh menikmati sistem pengurusan bil yang lebih lancar, dan terus ke telefon. Mudah kan? Semuanya di hujung jari jer!

Mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2023, korang yang telah mendaftar e-bil, layak menerima rebat yang akan dimasukkan ke dalam bil pembetungan akan datang. Rebat ini tidak boleh dipindah milik tau dan hanya boleh digunakan dalam satu akaun sahaja!

Cara nak daftar e-bil IWK ni mudah jer, paling penting – mudah, pantas dan mesra alam. Korang hanya perlu imbas sahaja kod QR e-Bil pada bil pembetungan Julai – Disember 2023, atau laman rasmi ni.

Selain kempen e-Bill Jer!, IWK turut menawarkan rebat tunai RM2.00 kepada pelanggan yang membuat pembayaran minima RM60.00 melalui Touch and Go (TnG) eWallet bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2023. Promosi ini terhad kepada 20,000 pelanggan pertama sahaja!

Bagi menggalakkan korang menerima kaedah pembayaran secara digital, insentif eksklusif ini tertakluk kepada semua pelanggan yang menggunakan TnG eWallet untuk membayar bil pembetungan. Ini adalah sebahagian daripada usaha IWK untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan kemudahan pembayaran bil.

Senangkan bila semua di hujung jari? Korang boleh terima penyata bil bila-bila masa sahaja dan lalui pengalaman pembayaran yang lebih mudah dengan e-bil IWK. Lebih menarik lagi aplikasi Indah Water memudahkan korang untuk menyemak penyata bil, proses pembayaran yang pantas dan dapatkan maklumat terkini.

Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang untuk nikmati rebat ini dan jadi sebahagian daripada individu yang mengurangkan penggunaan kertas, demi alam sekitar kita! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan langkah pendaftaran bagi e-bil, sila layari di sini.

×