Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim berkongsikan mengenai sisi peribadi aktor Fattah Amin yang disifatkan seorang budak baik serta anak mak.
Memetik F8buzz, Pekin berkata berkongsikan pengalaman bersama Fattah ketika menjalani penggambaran filem Kulit Wayang tahun lalu.
BACA: Fattah Amin Akui Silap Peluk Kaki Melissa Campbell
Menurut Pekin lagi, dia senang dengan sikap Fattah yang tidak sombong dan merendah diri serta seorang ‘family man’.
Berkongsi lebih lanjut, sepanjang penggambaran dia melihat Fattah sering membuat panggilan video bersama anaknya, Fatima Aisya dan tidak tinggal solat.
Tambah Pekin lagi, melihatkan sikap Fattah itu membuatkan dia tampil mempertahankan aktor itu berikutan dakwaan yang timbul ketika perceraiannya sebelum ini.
“Dia bukan playboy, dia jenis anak mak. Budak baik. Kita tahu nak labelkan dia macam mana,” katanya.
Tahun lalu, aktres Fazura mendedahkan dia memfailkan cerai terhadap Fattah Amin kerana aktor itu mengabaikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku curang.
SUMBER: IG F8Buzz