Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini tular trend di TikTok memuat naik gambar bersama bapa ketika waktu kecil dan gambar terkini.
Baru-baru ini tular perkongsian video seorang gadis menggunakan nama akaun TikTok @aleeyanatasha menjadi perhatian ramai.
BACA: Awie Nasihat Aliff Syukri Berhenti Menyanyi
https://www.tiktok.com/@.aleeyantasha/video/7110538129274096922?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_video_id=7110538129274096922
Mana tidaknya, gadis itu memuat naik gambar bersama bapanya, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie sekaligus mengejutkan netizen.
Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui penyanyi itu mempunyai seorang anak gadis yang cukup cantik.
Difahamkan, Puteri Aleeya Antasha merupakan anak Awie bersama bekas isteri pertamanya, Arni Nazira.
https://www.tiktok.com/@.aleeyantasha/video/7107854549456637211?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_video_id=7110538129274096922
Sementara itu, Aleeya dilihat turut memuat naik video menyambut ulang tahun kelahirannya ke-21 bersama bapanya.
Diruangan komen, ada segelintir netizen terutama kaum lelaki ada yang mencuba nasib untuk menjadi calon menantu penyanyi rock itu.
Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan takut untuk mengorat gadis tersebut selepas mengetahui bapanya adalah Awie.