Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil bersuara mengenai isu melibatkan tiga penyampai radio yang didakwa telah mempersenda agama di media sosial.
Menerusi satu perkongsian video, Sharnaaz mengakui tindakan mereka adalah salah dan tidak sepatutnya mempermainkan mana-mana agama.
BACA: Polis Terima 44 Laporan, 3 Penyampai Radio Ke Bukit Aman Bantu Siasatan
View this post on Instagram
Bagaimanapun, dia memuji mereka bertiga iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad kerana mengakui kesalahan mereka serta membuat permohonan maaf terhadap pihak yang terlibat.
“Aku tahu korang tengah dalam keadaan yang sangat down. Dekat sini, apa yang korang buat, salah. Seratus peratus salah. Jangan sesekali kita mempermainkan apa-apa agama langsung di Malaysia ni, sebab itu bukan budaya orang Malaysia.
“Tetapi aku patut bagi ‘respect’ kat korang bertiga kerana korang berani mengaku salah, dan mengaku telah melakukan satu kesilapan yang besar. Dan korang pergi jumpa segala individu yang korang patut jumpa,” katanya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Sharnaaz turut meminta sahabat-sahabatnya itu untuk berhenti meminta maaf secara berlebihan kerana mereka telah melakukan yang terbaik.
“Buat sahabat aku bertiga. Just stop minta maaf!! Anda bertiga dah buat yang terbaik. Cukup bro. Sangat cukup.
“Jangan melebih ya. Hormat is mutual!! Kami Melayu dan Islam tetap bermaruah!! We love all, but dont abuse! Jangan politikkan isu ini,” tulisnya.