“Buat Adira, Andai Kita Tiada Jodoh, Saya Doakan Awak Bahagia”

Usahawan Datuk Red meluahkan rasa syukur dan terharu apabila bekas isterinya, Adira Suhaimi meraikan ulang tahunnya yang ke-47 bersama anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dato Red memuat naik video memaparkan momen dia meraikan majlis hari lahirnya bersama 10 orang anaknya serta dapat berjumpa dengan adik beradiknya.

BACA: Tak Jadi Nikah Adira, Datuk Red Reda Menduda Sampai Tua

Menurut Dato Red lagi, sambutan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lalu dia meraikan ulang tahun hari lahir seorang diri di dalam kereta.

@dato..red

Allhamdullilah hanya Allah la percaturan terbaik.tq peng asbabnya @Adira Suhaimi mnhabiskan wang,tenaga dan usaha tuk mnjayakn hari kelahiran sya.untuk adira sya dh x de kata2 tuk awak.kegembiraan sya dpt kumpulkn 10 ank2 sya dan berjumpa ngan adik beradik sya nikmat yg lama sya impikan.beebeza ngan thn lepas hanya sya seorang di dlm kereta.dan tak lupa sahabat2 sya d tiktok yg tak henti2 ucapkn swlamat ulang tahun.sya beedoa d akhirat nanti kita berjumpa.dan akhir sekli buat adira.andai kita tak ada jodoh n usia saya singkat.sya doakn awak bahgia dan beejaya dgn anak2 ?????

? original sound – bigboss – bigboss

Sementara itu, Dato Red turut mengucapkan terima kasih kepada Adira yang sudi mengeluarkan wang untuk majlisnya itu yang disifatkan cukup bermakna.

“Alhamdulillah, hanya Allah la percaturan terbaik. Terima kasih peng, asbabnya Adira Suhaimi menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya,” katanya.

Dalam pada itu, Dato Red turut mendoakan Adira bertemu kebahagiaan serta memperoleh kejayaan seandainya mereka tidak ditakdirkan untuk kembali bersama.

“Andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya dengan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Adira dan Dato Red sah bercerai pada April tahun lalu selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayob.

×