Baru-baru ini, tular video di laman Twitter memaparkan usahawan Datin Vivy Yusof yang mengundang kritikan netizen.

Menerusi video itu, Vivy menerangkan kepada anak lelakinya. Daniel Azim Shah mengenai kedatangan British ke Tanah Melayu satu ketika dahulu.

BACA: Pernah Digelar Anjing & Perempuan Murahan, Vivy Yusof Akui Media Sosial Penuh Toksik

“British pernah menjajah negara kita dan mereka membantu membangunkan negara kita. Disebabkan itu gambar orang British banyak diambil,” katanya.

Seperti sudah dijangka, kenyataan Vivy itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang merasakan ianya tidak tepat. Kata netizen kenyataan itu seolah tidak kena serta berpendapat memang British membina bengunan namun mempersoalkan semula adakah ianya membantu untuk bangunkan negara.

Sementara itu, pelbagai reaksi daripada netizen mengenai perkara itu serta mengeluarkan hujah mereka masing-masing seolah tidak berpuas hati dengan kenyataan Vivy itu.

Bagaimanapun, ada yang melihat kenyataan Vivy itu hanya mahu memberi gambaran atau menjelaskan perkara baik kepad anaknya.

×