Sejak kebelakangan ini hubungan Sajat dan Coach Yin menjadi perhatian apabila usahawan kosmetik itu menyatakan hasrat untuk naik pelamin tahun ini dan mengimpikan busana indah seperti Elfira Loy.
Namun, menerusi video terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Sajat seperti rimas serta mengelak apabila ditanya soal kahwin dan bilakah dia akan menamatkan zaman solo.
BACA: “Nanti Kahwin I Pakai Macam Elfira Cantik Tak?”
https://www.instagram.com/p/Bs5R14EjOfh/?utm_source=ig_embed
Dikhabarkan hubungan mereka berdua kini bermasalah apabila dilihat memuat naik luahan perasan di Insta Story seolah mempunyai krisis antara satu sama lain.
Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen pelik dengan video tersebut serta tidak percaya ianya dirakam oleh wartawan akhbar. Kata netizen lagi, video tersebut seolah sudah dirancang semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.
Biarpun ramai yang mengecam, namun ramai yang tidak sabar untuk melihat kedua-dua mereka berkahwin. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka.