Penyanyi Haqiem Rusli berkata dia terbuka untuk menerima nasihat dan komen positif daripada netizen membabitkan isu berkaitan isteri dan rumah tangganya.
Memetik Harian Metro, Haqiem berkata dia akan menerima jika nasihat diberikan netizen itu betul dan perlu ada adab.
BACA: “Saya Pantang Kalau Orang Kacau Isteri Saya” – Haqiem Rusli
“Kalau nasihat mereka itu baik dan betul, saya boleh terima tapi bukan dengan cara maki hamun di media sosial Dalam hidup ini, kita kena ada adab, walaupun nak beri nasihat,” katanya.
Sementara itu, Haqiem berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana keadaan akan jadi lebih teruk jika dia membalas komen netizen.
Dalam pada itu, hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga Haqiem berkata dia juga berdepan liku-liku dalam perkahwinan.
“Selepas berkahwin, saya berasa lebih matang dari cara berfikir dan bercakap dengan orang. Pada masa sama, saya lebih berdisiplin dan berdikari kerana sebelum ini, saya tinggal bersama ibu dan semua urusan ibu yang uruskan.
“Kini, saya pula perlu menguruskan rumah tangga sendiri,” katanya.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi itu Anis Sofea membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sekaligus mengundang kecaman netizen.