fbpx

Pelakon Rita Rudaini berkongsikan ciri-ciri calon menantu apabila ditanya tentang pilihan anak-anak jika mereka mahu berumah tangga di masa akan datang.

Menerusi video bersama Suara Sarawak. Rita berkata dia kurang senang dengan wanita yang menggunakan media sosial dengan tidak bermanfaat serta berkongsi video joget-joget.

BACA: Rita Rudaini Meremang Bulu Roma Dapat Jumpa Tun Mahathir

Menurut Rita, dia lebih sukakan serta merestui jika wanita berkenaan tidak terlalu menonjol di media sosial atau memuat naik gambar namun wajah tidak kelihatan. 

@suarasarawak

? original sound – SuaraSarawak – SuaraSarawak

“Saya cakap tengok mommy. ‘Nanti kalau awak buat tak tentu hala dekat perempuan, siap’ saya cakap. Tapi bagi mommy tengok tau kalau ada siapa-siapa mommy kena scan.

“Mommy yang penting tak suka perempuan yang ada Instagram sebab mommy tak suka perempuan yang macam dia terlampau (berkongsi). Boleh ada media sosial tapi tak boleh macam budak-budak sekarang, joget-joget.

“Ada orang ada media sosial tapi tunjuk pemandangan, dia tak tunjuk muka dia, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy restu,” katanya.

Sementara itu, Rita berkata permintaannya itu kerana dia bimbang akan tanggungjawab yang bakal dipikul anak lelakinya apabila bergelar suami.

“Sebab anak saya lelaki tanggungjawab dia berat saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga.

“Pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran bagi tahu nak tidur. Geram je. Yang perempuan pun ikut lah sebab cinta,” katanya.

Rita mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.