Hangat diperkatakan mengenai seorang TikToker berkahwin dua baru-baru ini, perkara itu turut memberi kesan kepada isteri penyanyi Black Hanifah iaitu Cira Khairy.
Memetik mStar Online, Cira berkata meskipun bimbang apabila membaca kisah tersebut namun dia masih memberikan kepercayaan buat suaminya.
BACA: Kumpul Aset Untuk Keluarga, Black Bina Sendiri Villa Di Langkawi
“Bila lihat isu Abang Tesla ni memang la risau malah ada setengah orang kata tak perlu sebab Black ni tak kacak tapi ada juga yang taste dekat dia ya.
“Alhamdulilah buat masa ni memang tak ada yang ganggu suami saya cumanya kalau boleh elakkan perkara itu berlaku kepada keluarga kami.
“Selagi saya percaya dia semuanya baik-baik saja, lagipun saya benarkan dia lakukan apa saja sebab dia seorang yang family man sebab tu Alhamdulilah saya tak risau,” katanya.
Dalam pada itu, Black berkata dia tidak sesekali menduakan isterinya apatah lagi wanita itu yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya ketika dia susah dan senang.
“Penat lelah kita bersama sampai hari ini, saya kena fikir panjang kalau nak rosakkan hubungan ini.
“Takkan (curang)… Jangan sesekali korang (pengganggu) datang, akan aku tendang,” katanya.
Untuk rekod, Black dan Cira mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.