Ramai memperkatakan tentang penginapan mewah Neelofa ketika selebriti itu bercuti ke kepulauan Maldives baru baru ini. Bilik hotel mewah bawah laut yang didiami Neelofa dianggarkan menelan belanja lebih RM200,000 satu malam.
Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Neelofa mengakui yang beliau pergi ke Maldives atas undangan jenama hotel terkenal, Conrad Hotels untuk menjayakan projek video khas kelolaan mereka.
BACA: Neelofa Menginap Di Bilik Hotel RM200,000 Satu Malam
“Sepanjang berada di sana, ada beberapa aktiviti dirakamkan sekitar pantai dan hotel The Muraka untuk tujuan promosi oleh pihak Conrad Hotels”
“Tidak hanya saya seorang, ada beberapa individu lain dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah turut terlibat dalam projek ini,” ujar Neelofa.
Beliau turut memberitahu yang sepatutnya berada di sana hanya dua hari tetapi kerana ingin berehat dan bercuti sekejap, beliau menyambung percutian selama dua hari lagi. (rtky/m)