Semalam, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah ada memuat naik perkongsian menggesa Ali Puteh membayar saman berjumlah RM76,167.28.

Hidayah berkata sudah hampir setahun berlalu, namun tiada bayaran yang dibuat serta meminta pelawak itu tidak lupa dengan saman berkenaan.

BACA: Sambal Petai Laku Keras, Hidayah Gesa Ali Puteh Bayar Saman RM76,167.28

Sedar mengenai kenyataan bekas kakak iparnya itu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ali berkata dia enggan mengulas mengenai perkara itu kerana mahu fokus dengan perniagaan sambal petai yang diusahakannya.

Menurutnya lagi, pihak media ada menghubunginya namun dia tidak mahu memberi kenyataan kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan serta mahu mengambil tindakan bijak kali ini.

“Saya bertindak matang kali ini, tak ada nak keluar kenyataan. Saya mahu fokus dengan perniagaan.

“Media banyak menghubungi saya. Cuma saya tak mahu layan. Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal seperti biasa dan fokus kepada perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ali berkata ada orang yang tidak senang melihatnya sedang seronok berniaga serta mengambil pendekatan untuk tidak melayan

“Biasalah orang tengah seronok berniaga. Mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, Tidak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan.

“Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ni tak akan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan berniaga macam biasa,”  katanya.

Semalam, turut menjadi perhatian apabila Hidayah mendedahkan duit sumbangan yang diberikan di atas nama Hamzah turut dirampas. 

×