Sejak dua menjak ni, gajet dan komputer riba dah mula jadi keperluan utama. Bukan untuk pelajar IPT je, budak sekolah rendah dan menengah sekarang pun dah mula menggunakan gajet dan komputer riba selepas sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula.
Yelah sejak wabak pandemik COVID-19 mula merebak, kita pun dah tak boleh duduk di takuk yang lama dah. Dengan sekelip mata boleh berubah kan? Nak pergi sekolah pun tak boleh macam dulu.
Bantu Memelihara Kebajikan Rakyat
Seperti semua sedia maklum tempoh PKP sekarang ini telah dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021. Mak ayah yang ada anak masih sekolahlah yang paling busy, memandangkan pembelajaran secara online telah bermula. Mak ayah nak kena setup kan kamera, lighting lah tu belum lagi nak cari data laju tu. Macam-macam pe’el kan?
Dalam masa yang sama kerajaan pun ada mengumumkan pakej khas bantuan rangsangan ekonomi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Pakej tersebut dinamakan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Ia adalah kesinambungan daripada empat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion. Fuh banyak tu.
Jadi, peruntukan sebanyak RM15 bilion diberi demi memastikan perniagaan dapat dijalankan dan kesejahteraan rakyat terjamin ketika PKP2.0 berkuat kuasa.
PERMAI dikatakan menambah baik kemudahan sedia ada yang akan berteraskan kepada tiga matlamat iaitu memerangi wabak Coronavirus (COVID-19), memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat tersebut.
Matlamat Pertama
Memerangi wabak COVID-19, kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion, merangkumi hampir RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM), dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga agensi agensi lain yang terlibat.
Matlamat Kedua
Pakej bantuan PERMAI ialah meneruskan usaha bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat berikutan pelaksanaan PKP, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
Matlamat Ketiga
Menyokong Kelangsungan Perniagaan yang mana kerajaan memahami sepanjang tempoh PKP, semua jenis perniagaan menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesukaran dalam menguruskan aliran tunai, perbelanjaan utiliti dan sewa premis.
Pelepasan Cukai Beli Barang Teknologi
Dan berdasarkan Matlamat Kedua, tempoh pelepasan cukai khas ke atas pembelian peralatan teknologi dilanjutkan sehingga hujung tahun ini dan ianya termasuklah pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet. Wah bestlah macam ni. Dah tak payah pening kepala lagi dah.
Pelepasan cukai ni juga sehingga RM2,500 ke atas untuk pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2021!
Jadi kepada mak ayah yang nak cari komputer riba atau gajet tu dapatlah ringankan beban mereka.
Internet PERCUMA!
Bukan itu jer, kerajaan turut melanjutkan tempoh capaian internet percuma sebanyak 1 Gigabit (1GB) untuk semua orang melayari laman web termasuklah untuk tujuan pendidikan.
Kemudahan yang bernilai RM500 juta itu bermula pada 1 Januari sehingga hujung April depan.
Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pun akan akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April.
Kerajaan juga berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi berkenaan akan dapat meringankan beban anda semua.
Bantuan Untuk Pelajar Universiti
Kerajaan turut mengambil inisiatif bagi membantu proses pembelajaran yang lebih efisyen terutama buat pelajar di Universiti IPTA/IPTS yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Jadi, bagi mengelakkan pelajar yang masih belajar tidak tercicir, mereka perlu praktikkan proses pembelajaran secara online. Hujung jari jer gais. Internet dah tentu kena padu kan, kang tak pepasal je hadap komputer riba tu sorang-sorang.
Walaupun sekarang ini kita hidup dalam teknologi yang serba canggih, tapi ada juga yang masih tak berkemampuan untuk beli gajet atau pun komputer riba. Dan disebabkan ini Menteri Kementerian Pengajian Tinggi YB Dato’ Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Komputer Riba & Internet Percuma untuk pelajar (golongan B40) yang berkelayakan.
Mereka ni tak payah mohon pun sebabnya pihak universiti sendiri yang akan hubungi pelajar tersebut untuk memaklumkan sama ada mereka layak atau tak. Awesome kan.
Bukan itu jer, untuk pelajar yang masih tak cukup juga kuota capaian internet boleh cuba pohon pakej data internet khas untuk student. Cara nak claim pun cukup mudah just walk-in ke mana-mana cawangan telco seperti Celcom, Maxis dan Digi yang berdekatan dengan mengemukakan kad pengenalan serta kad pelajar.
Diharapkan dengan bantuan PERMAI yang diperkenalkan ini dapat membantu dan mengurangkan beban anda!