“Bertahun Saya Usaha Naikkan Berat Badan Tapi …”

Penampilan kurus Sufian Suhaimi bukanlah sesuatu yang pelik tetapi sebenarnya penyanyi ini berhasrat untuk menaikkan berat badan. Bagaimanapun kata Sufian, usahanya itu sering gagal kerana susah untuk menjaga makan.

BACA: “Hormati Status Elfira Sebagai Isteri, Bakal Menjadi Ibu”

Menurut Sufian, untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu teliti dengan pemilihan makanan selain menguruskan kehidupan sendiri menyebabkan beliau sering terlepas makan.

“Sebenarnya plan nak naikkan berata badan tu dah ada bertahun-tahun tapi tak berjaya nak buat. Mungkin sebab saya uruskan kehidupan sendiri, jadi nak jaga makan setiap hari tu susah”

“Selama ni pun saya selalu je terlepas breakfast atau lunch. Saya tak kisah nak naik berapa kilo sekalipun asalkan penampilan itu sesuai denagn saya,” katanya kepada m Star Online.

Terdahulu Sufian memutuskan untuk mengambil anak angkat bagi melengkapkan kehidupannya. Tambahnya lagi sejak mengambil anak angkat, beliau teruja untuk mempelajari hal berkaitan penjagaan anak. (rtky/w)

×