Sibuk dengan kerjaya setelah melahirkan cahaya mata pertama, Nad Zainal dalam masa yang sama mengakui bahawa dia tertekan apabila terpaksa berjauhan dengan Fahad Ibrahim malah turut menyatakan akan lebih memilih tawaran berlakon selepas ini.
BACA: “Tak Mungkin Saya Kongkong Nad Zainal”
“Fahad pun dah berusia tiga bulan dan saya pun rasa agak mencabar sebab dah mula bekerja. Baru-baru ini pun saya terpaksa tinggalkan anak dua hari berturut-turut. Perasaan bila tinggalkan anak tu buat saya rasa tertekan semasa berada di set lokasi penggambaran”
“Namun lama-kelamaan saya dah mula biasa. Suami saya pun ada juga nasihatkan agar saya bersabar,” katanya kepada Media Hiburan. Malah kerinduan tersebut juga dapat dirasai apabila Nad sering berkongsi gambar anaknya itu di laman Instagram.
Apa pun, semoga segala perjalanan kerjaya dan juga keluarga Nad Zainal berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.