Bukan mudah untuk belajar sambil bekerja, namun ia tidak menghalang penyanyi Wani Kayrie untuk mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Baru-baru ini, Wani yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan di sebuah universiti swasta ada berkongsikan keputusan peperiksaan semestar di Instagram.

BACA: Bekas Kekasih Wani Kayrie Muncul Kembali Lepas Pakai Kereta Mewah

Menurut gadis berusia 21 tahun itu lagi, dia terpaksa berkorban masa tidurnya untuk menyiapkan tugasan.

“Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja. Lagi-lagi Wani full-time student dan kena seimbangkan study dan career. Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan semua kan.

“Hakikatnya, ini lah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk online class dekat studio dan macam-macam lagi,” katanya.

Kata Wani lagi, meskipun mendapat markah C untuk subjek perakaunan namun dia tetap bersyukur dengan keputusan tersebut serta bangga dengan dirinya meskipun jadual lakonannnya padat.

“Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun finance nya C (memang dari sekolah takde bakat ya kira-kira) sampai lah sekarang, tapi saya bangga dengan diri sendiri untuk subjek law core.

“Siang kerja, pastu sambung assignments sampai pagi lepastu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process,” katanya.

×