Berhabis RM150,000 Untuk Famili Duo, Ayda Jebat Akur Tiada Rezeki Juara

Merangkul tempat naib juara program realiti Famili Duo malam tadi, Ayda Jebat akur tiada rezeki untuknya dan adiknya, Fyna Jebat untuk bergelar juara.

Memetik Xtra, Ayda berkata kos keseluruhan dikeluarkan untuk mereka bertanding dalam program itu melebihi RM150,000.

BACA: “Maaf, Adik Saya Enggan Beri Komen Kerana Banyak Hati Harus Dijaga” – Ayda Jebat

“Sepanjang lapan minggu bertanding, kos keseluruhan yang saya keluarkan sudah melebihi RM150,000. Tapi tiada rezeki kami untuk bergelar juara,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah kos yang dikeluarkan tidak berbaloi, namun Ayda berkata dia tetap berpuas hati kerana dapat memberikan yang terbaik.

“Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu.

“Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.

“Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.

“Sudah menjadi adat pertandingan, ada menang, ada yang kalah tetapi pengalaman yang ditimba tak boleh saya beli di tempat lain.  Rezeki sudah tertulis setakat naib juara, Insya-Allah ada yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Semalam, pasangan The Jebats itu dinobat sebagai naib juara dan membawa pulang RM20,000. Juara Famili Duo menjadi milik anak-anak Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang membawa pulang RM100,000. 

×