Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli berkongsikan dia sangat menjaga berat badannya agar tidak melepasi had yang ditetapkan. Amyra mendedahkan dia meletakkan had pada berat badannya iaitu 45 kilogram.
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, dia perlu menjaga berat badan ideal untuk stamina apatah lagi kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara. Katanya lagi, dia akan berpuasa jika beratnya menuju ke 47 kilogram.
BACA: “Kalau Disondol, Tetap Salah Lelaki” – Amyra Rosli Malas Cek Telefon Suami
“Saya ada limit yang saya letak pada berat badan. Berat limit saya 45kg, kalau saya rasa seluar jeans dah tak muat, dah menuju ke 47kg kemudian saya akan berpuasa. Sekarang berat saya 43kg.
“Terus terang saya makan semua benda, tidak ada pantang larang. Tetapi saya kawal kuantiti makanan dan tidak berapa minum ais.
“Saya bukan kata pentingkan sangat gemuk atau kurus, tetapi nak jaga stamina untuk lakonan dan pengacaraan. Sebab kalau minum ais boleh ganggu suara,” katanya.
Dalam pada itu, Amyra berkata dia tidak mempunyai pantang larang tetapi mengawal pemakanan harian dalam kuantiti yang berpatutan serta elakkan daripada makanan manis dan berminyak.
“Saya tidak suka yang berminyak, mungkin sebab itu juga saya boleh kekalkan berat badan. Itu lah jawapan saya kalau orang tanya macam mana jaga badan. Kalau nak mula seminggu dua minggu memang susah, kena buat dari awal,” katanya.
SUMBER: TikTok Mingguan Wanita