Hanya kerana bengang dengan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah, pelakon Haneesya Hanee turut terkena tempias sehingga rupa parasnya dikutuk oleh netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok, Haneesya memuat naik komen seorang netizen yang mendapat perhatiannya dimana individu itu meninggalkan komen menghina warna kulitnya.
BACA: Haneesya Hanee Menggigil Berlakon Babak Kelab Malam
“Awak ingat saya suka ke lelaki suka judge perempuan lain? Awak ingat saya suka ke lelaki menghina, mengutuk perempuan lain?
“Awak ingat saya suka ke lelaki menghina ciptaan Tuhan? Awak ingat saya suka ke lelaki perasan dia sempurna?” katanya.
Sementara itu, Haneesya turut meminta mereka diluar sana tidak terbawa-bawa dengan perasaan marah terhadap watak Sally serta menitipkan nasihat agar tidak perlu meninggalkan komen negatif yang hanya mendatangkan dosa.
“Saya faham awak semua sakit hati dengan Sally, itu Sally, saya bukan Sally. Kalau nak menghina pun agak-agaklah. Tapi tinggalkan komen-komen negatif seperti ini sia-sia, buat dosa, Tak perlu,” katanya.
SUMBER: mStar Online