Belum Habis Pantang, Shila Amzah Sedia Bekerja 

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia mungkin bakal kembali bekerja sebelum habis berpantang selama 44 hari termasuk terbang ke luar negara.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila menjawab pertanyaan pengikutnya serta mengatakan bukanlah setiap hari dia bekerja dan tetap mengutamakan waktu rehat.

BACA: Ubai Gugur Air Mata, Sebak Tengok Isteri Bertarung Nyawa

“Saya perlu bekerja selepas habis 44 hari berpantang, mungkin juga tak sempat habis pantang. Ada baki dua hari lagi sebelum selesai pantang. 

“Tapi saya tidaklah kerja setiap hari, ada jarak hari dan masa. Ada yang perlu ke China dan Hong Kong juga,” katanya.

Terdahulu, Shila selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu yang diberi nama Rhea Akira.

Untuk rekod, Shila Amzah dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Sebelum ini, Shila mempunyai cahaya mata dari perkahwinan terdahulu iaitu Seth Uwais.

×