“Bella Wanita Luar Biasa, Terima Kasih Kerana Bersama Saya” 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah wanita luar biasa serta mengucapkan terima kasih kerana turut bersama di mahkamah hari ini.

Memetik Harian Metro, Syed Saddiq menghargai sokongan Bella buat dirinya kerana hadir pada hari ketiga pendengaran rayuan kes membabitkannya.

BACA: “Doakan Saya & Bella” – Syed Saddiq

“Dia wanita luar biasa, terima kasih kerana turut bersama (hari ini) dan saya hargai sokongan dan dorongan beliau,” katanya.

Pagi tadi, Bella dilihat berada di Istana Kehakiman seawal jam 8.15 pagi dan turut dilihat berbual mesra dengan ahli keluarga Syed Saddiq yang turut hadir memberi sokongan.

Sementara itu, Saddiq turut menyifatkan ibunya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz adalah sumber kekuatan untuk terus berjuang dalam usaha ‘membersihkan’ namanya.

“Wanita besi ini daripada 2020 bersama saya, malah ketika (saya) sedang disiasat, ibu diuji dengan barah. Dua kali beliau berjuang dengan barah, daripada ibu saya dapat semangat untuk terus berjuang,” katanya.

Terdahulu, prosiding rayuan melibatkan kes Syed Saddiq telah selesai dan keputusan diatas prosiding tersebut ditangguh ke tarikh 24 April 2025.

SUMBER: Harian Metro

×