Sejak kebelakangan ini hubungan mesra penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering menjadi perhatian ramai.
Menerusi satu video, Bella mengakui dia hilang fokus ketika di sesi penggambaraan bersama Saddiq kerana terpegun melihatnya segak berbaju Melayu.
BACA: Syed Saddiq Tidak Nafi Atau Sahkan Bercinta Dengan Bella Astillah
@stylefashionpv Hilang focus Bella bila YB depan mata ye ? nervous ke tuuuu ??? . Nahhh vitamin untuk korang! ?
“Bella tidak boleh fokus kerana Yang Berbahagia (YB) yang handsome,” katanya.
Susulan kenyataan Bella itu, sekaligus membuatkan Syed Saddiq terkedu dan seolah sedang menahan senyuman.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat momen Bella dan Saddiq serta mendakwa mereka seolah terdengar penyanyi itu memanggil ahli parlimen itu baby.