Bella Dally Bangga Baju ‘Tersama’ Dengan Pengasuh Che Ta

Semalam kecoh di media sosial gambar pelakon Rozita Che Wan sekeluarga bersama pengasuhnya. Apa yang menjadi perhatian apabila baju yang dipakai oleh pengasuhnya ‘tersama’ dengan salah seorang selebriti iaitu Bella Dally yang turut hadir ke majlis berkenaan.

Rata-rata netizen memuji Che Ta yang tidak berkira dengan pekerjanya. Melihat layanan baik Che Ta pada pekerjanya, ada yang menawarkan diri untuk bekerja dengan Che Ta kerana menjadi seorang pengasuh pun boleh berpakaian cantik.

Namun tidak kurang juga ada yang menghentam Che Ta kerana dikatakan riak dengan menulis kepsyen seperti itu. Kata netizen lagi, tidak perlu beritahu perkara tersebut di media sosial  kerana ia dilihat seolah-olah mahu menyindir selebriti tersebut.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen mengatakan pasti Bella Dally berasa malu kerana bajunya sama dengan pengasuh anak Che Ta.

Bagi Bella Dally pula, sebagai duta Ariani dia meluahkan rasa bangga kerana baju yang digayakan olehnya itu mampu dimiliki oleh setiap wanita tanpa mengambil kira status seseorang.

Apa pun, jawapan dari Bella Dally memang cukup terbaik dan matang. Biasalah bila baju tersama dan paling penting kedua-dua mereka cantik memakai busana tersebut.

×