Bella Astillah Berang Digelar ‘Bebal’ Oleh Netizen

Meskipun pelbagai momen pahit dilalui oleh Bella Astillah sepanjang tahun lalu sehingga berdepan perceraian, namun dia bersedia untuk menerima semula bekas suaminya, Aliff Aziz dengan hati yang terbuka.

Namun, apabila Bella menyatakan kesediaannya untuk menerima bekas suaminya kembali, satu lagi kontroversi timbul melibatkan Aliff Aziz apabila bergaduh di tepi jalan dan dibelasah teruk oleh seorang lelaki.

BACA: Bella Astillah Sedia Terima Semula Aliff Aziz

Susulan itu, ramai netizen bimbang seandainya Aliff akan turus buat hal lagi dan mengatakan Bella seakan tidak serik di atas apa yang berlaku sebelum ini. Malah, ada netizen yang sudah muak dengan sikap Bella sehingga menggelarkannya dengan kata kesat.

Berang dengan kata-kata kesat netizen yang ‘sibuk’ dengan kehidupannya, Bella memuat naik wajah netizen tersebut serta memberikan pesanan agar tidak mencampuri urusan peribadinya. Jelas Bella lagi, keputusan untuk berbaik dengan Aliff adalah kerana anak mereka.

Bella turut meluahkan rasa kesal dengan sikap individu tersebut yang tidak mempunyai adab dan begitu mudah menggelar orang lain sedemikian rupa.

Bella turut mempersoalkan sama ada individu tersebut mempunyai agama atau tidak sehingga boleh berkata kesat sebegitu.

Terdahulu, Bella berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula Aliff Aziz dalam hidupnya jika itu yang terbaik buat anak mereka. Katanya lagi, dia tidak pernah membenci bekas suaminya itu dan percaya perpisahan mereka banyak mengajar Aliff untuk menjadi lelaki lebih baik.

×