“Beli Rumah Sendiri, Jangan Asyik Selfie Je” 

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut penyanyi Shila Amzah dan adiknya iaitu Syada Amzah yang mempersoalkan tindakan kakaknya itu yang mahu menjual rumah banglo yang didiami mereka sekeluarga.

Susulan isu tersebut, Instagram Syada diserang oleh netizen serta ada yang meminta penyanyi berusia 25 tahun itu tidak mengharapkan harta orang lain.

BACA: Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Syada terlalu bergantung hidup dengan Shila serta menumpang populariti kakaknya itu.

Malah, ada yang menyindir Syada supaya bekerja dan mencari duit sendiri untuk membeli rumah. Tidak kurang juga, ada yang menasihati Syada supaya bekerja dan jangan asyik berselfie.

“Kerja dik! Beli rumah sendiri jangan asyik berselfie (swafoto),” komen netizen.

“Jangan sibuk nak main TikTok 24 jam,” sindiri seorang lagi netizen.

Terdahulu, Shila menafikan dia menghalau ibu serta adik beradiknya dari rumah banglo yang didiami keluarganya selepas dikatakan mahu menjual rumah berkenaan.

Shila berkata rumah tersebut adalah dibawah namanya dan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa.

×