Penyanyi Zaki Yamani meluahkan rasa bangga apabila berjaya membeli kereta jenis Mercedes Benz AMG A Class hasil titik peluhnya sendiri.
Memetik mStar Online, Zaki berkata dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini serta perlu bekerja lebih keras selepas ini.
BACA: Jamal Abdillah Pelik Zaki Yamani Rahsiakan Keputusan SPM
“Semestinya saya gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana dapat beli kereta ini. Tapi kena fikir juga tanggungjawab lebih besar selepas ini, pelrulah kerja keras lagi.
“Syukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini. Semuanya hasil titik peluh sendiri. Saya bayar guna duit hasil kerja selama ini,” katanya.
Menurut Zaki, proses membeli kereta berkenaan sudah dibuat sejak Oktober tahun lalu dan menganggap ianya sebagai satu pelaburan serta imej baru buat dirinya sebagai penyanyi muda.
“Saya anggap ini sebagai satu pelaburan. InsyaAllah jika ada rezeki di masa akan datang saya boleh tambah kereta lain juga. Bagi saya ini juga melambangkan imej pencapaian di usia muda.
“Saya memang idamkan kereta ini kerana tertarik dengan rekaan lampu hadapan selain hiasan dalaman. Sudah lama rancang nak beli cuma baru dapat disebabkan beberapa halangan sebelum ini, katanya.
SUMBER: mStar Online