Selepas bercerai dengan penerbit drama Datuk A Aida, nampaknya Ariff Aziz seolah sudah menemui pengganti apabila baru-baru ini pelakon itu berkongsikan foto mesranya bersama seorang gadis Ukraine di Instagram.
Turut mendedahkan identiti wanita tersebut yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos, menerusi perkongsian itu, Ariff mengucapkan terima kasih kepada gadis itu kerada sudi hadir memberikan sokongan ketika pertandingan bola keranjang.
BACA: “Rujuk? Aku Nak Muntah” – Ariff Aziz
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian tersebut serta mengucapkan tahniah kepada Ariff. Malah ada yang mengatakan kedua mereka sangat sepadan.
Tidak kurang juga ada netizen meninggalkan komen nakal mendakwa Ariff mahukan pasangan yang lebih muda dan bergetah.
Rumah tangga hanya mampu bertahan selama 10 bulan, terdahulu A Aida mengumumkan dia tidak lagi menjadi isteri kepada Ariff selepas bercerai secara baik pada 25 April lalu.