Bekas Isteri Pertama Kongsi Gambar Sanding Datuk Red & Adira

Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah usahawan Datuk Red masih menjalin hubungan baik dengan bekas-bekas isterinya demi anak-anak mereka.

Baru-baru ini, bekas isteri pertama Datuk Red dikenali sebagai Cik Hana ada memuat naik gambar persandingan usahawan itu bersama penyanyi Adira Suhaimi.

BACA: Bekas Isteri Pertama Sayu Kemas Baju Datuk Red, Kosongkan Almari

https://www.tiktok.com/@mzshanaa/photo/7403994043950173456

Menerusi gambar tersebut, kedua-dua pengantin dilihat mengenakan busana pink pada perkahwinan mereka terdahulu.

Diruangan komen, bekas isteri Datuk Red berkata dia berkongsikan gambar tersebut kerana mungkin ramai yang lama menantikan gambar berkenaan.

Turut menjadi perhatian, Adira juga ada meninggalkan komen pada perkongsian berkenaan dan turut tertawa melihat gambar berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang memuji hubungan baik terjalin antara bekas isteri pertama Datuk Red itu dengan Adira.

×