Bila sebut bab parti ni, of course lah nak yang terbaik kan? Memandangkan sekarang kes masih lagi tinggi, jadi tak salah kalau buat parti di rumah jer. Paling penting selamat dan boleh berparti sampai ke malam.
Tak kisah lah nak adakan parti hari lahir ke, parti sambut kedatangan ahli baru dalam keluarga ke atau parti makan-makan bersama keluarga, semuanya akan lebih selesa bila tempat yang dipilih tu santai.
Kali ni, kami nak kongsikan dengan korang satu benda yang menjimatkan korang bila nak buat parti di rumah.
Semuanya bermula dengan McDonald”s Party@Home ni. Dalam satu harga jer tapi korang boleh dapat macam-macam. Paling penting dapat rapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
Dapat Lakukan Perkara Menyeronokkan Bersama Keluarga
Bila berparti di rumah ni korang akan dapat masa yang lebih lama dan tempat yang tak terhad. Bukan tu sahaja, korang juga boleh adakan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga.
Misalnya, deko port party, port bermain untuk anak-anak, port santai-santai untuk mak ayah melepak.
Tapi dengan McDonald”s Party@Home korang dah tak perlu risau lagi dah bab hiasan port party nanti. Semuanya McDonald’s dah bagi. Ada pelbagai hiasan untuk party dalam satu box. Korang tunggu hias jer.
Jadi ni antara satu aktiviti yang paling seronok bila korang buat bersama keluarga. Boleh share pendapat untuk nak deko dengan lebih meriah dan nampak mewah.
Istilah Anak Bosan Di Rumah Tiada Lagi
Bila buat macam ni confirm anak-anak lebih ceria, boleh makan makanan MCD yang banyak tu. Serba-serbi lengkap. Dari air hingga lah ke pencuci mulut. Bukan jer dapat makan set deko pun dapat. Boleh lah suruh anak-anak korang hiasakan ikut citarasa mereka. Melalui cara ni korang boleh lihat sendiri tahap kreativiti anak korang!
Yang bestnya dengan set McDonald”s Party@Home ni korang boleh dapat Big Mac Lunch Box lagi. Cantik gila! Besar pun besar.
Bila semua benda buat bersama keluarga ni, anak korang tak lah bosan sangat. Moment ni perlu rakam untuk dijadikan kenangan!
Rasanya bila buat macam, mesti anak korang yang paling teruja. Tak percaya cuba try buat sambutan hari lahir dengan perkhidmatan McDonald’s ni.
Dengan Party McDonald”s ni semuanya dihujung jari. Order jer melalui McDelivery. Jadi kalau last minute plan pun onz sahaja! Tekan-tekan semuanya sampai depan rumah.
Berbaloi Banyak Dengan Cara Macam Ni
Kalau korang nak tahu, dengan cara macam ni korang lah berbaloi bila beli McDonald’s. Bayar untuk satu item jer tapi dapat macam-macam. Pakej Party McDonald”s ni baru RM100. Tapi korang tengok lah sendiri korang dapat apa. Boleh makan seisi keluarga sampai kenyang!
Tempat pun tak perlu bayar bila korang buat sambutan macam ni. Makanan pula mewah, memang time makan tu tengok kiri kanan lah bila menu McDonald’s jadi menu utama. Paling best dapat makan makanan kegemaran ramai.
Lepas ni korang tak akan buntu lagi macam mana korang nak buat parti dengan harga yang mur!
Jadi apa tunggu lagi, buat lah pesanan sekarang. Baru lah boleh jadi orang pertama dalam keluarga sambut birthday party dengan pakej Party McDonald”s macam family Dayang ni.