Semalam, industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pengacara Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia jam 4 pagi selepas menerima serangan sakit jantung.
Ramai rakan-rakan arwah dari Malaysia dan Indonesia tidak melepaskan peluang untuk memberi penghormatan terakhir serta menziarai keluarga arwah di rumah di Jakarta.
BACA: Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Sebelah Ashraf Berharga RM75,000
Maia Estianty yang juga bekas isteri kumpulan Dewa 19, Ahmad Dani, juga sempat menziarahi arwah sebelum dikebumikan. Maia turut berkongsikan detik dimana arwah Ashraf didapati tidak sedarkan diri.
Menurut Maia, isteri arwah iaitu Bunga Citra Lestari mengejutkan suaminya dan terus ke bilik air untuk membersihkan muka selepas pulang bekerja, bagaimanapun Ashraf tidak memberikan sebarang tindak balas.
“Cerita dari di dalam sih, jadi pas mau istirahat semalam abis dari bekerja di Indonesian Idol. Ashraf ditinggal Unge (Bunga Citra Lestari) untuk bersihin muka,” ucapnya.
“Pas mau pesan mie instan, abis bersihin muka Unge coba bangunin Ashraf, tapi enggak bangun. Jadi peristiwa sangat cepat,” katanya.