Tiada angin tiada ribut timbul desas desus dakwaan pelakon Fatin Afeefa sudah menimang cahaya mata sulung bersama usahawan, Alif Awang.
Memetik Media Hiburan, Fatin berkata dia akan berkongsikan berita gembira itu apabila tiba masanya nanti serta meminta mendoakan yang baik-baik.
BACA: Fatin Afeefa Sindir Geng Tolak Stroller Ke Bazar Ramadan
“Insyallah semoga yang baik-baik saja untuk saya dan keluarga. Tak mahu mengiyakan atau menidakkan.
“Saya belum sedia kongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin). Tapi saya akan kongsikan dalam masa terdekat,” katanya.
Mengenai penampilannya kini sudah berhijab, Fatin berkata dia mula bertudung sejak tahun lalu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan sedang berusaha menjadi muslim lebih baik.
“Saya pun tiada buat sebarang kenyataan bila dan punca saya tergerak hati untuk bertudung. Saya tak nak orang kata saya menunggang agama.
“Saya selalu bagitau yang saya kini sedang beritahu menjadi muslim yang terbaik. Adakalanya saya memakai jubah dan bertutup habis, ada masa pakaian saya biasa-biasa saja,” katanya.
SUMBER: Media Hiburan