Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai berita kemalangan membabitkan sebuah GR Yaris Kansai D1 Edition. Difahamkan, kereta itu merupakan milik pelakon, Pekin Ibrahim.

Difahamkan, kereta tersebut baru sahaja sampai dari Jepun lebih kurang seminggu dan semasa insiden itu berlaku kereta itu dipandu oleh tiga orang rakannya dalam perjalanan pulang dari kedai makan.

BACA: Anak Pekin Baru 7 Bulan Dah Minat Muzik, Berhenti Menangis Bila Dengar Lagu

Menerusi perkongsian video di TikTok dan YouTube, Pekin meluahkan rasa syukur kerana ketiga-tiga rakannya selamat namun ada diantara mereka yang mengalami kecederaan sehingga patah bahu.

@pekinibrahim74

DOA YANG BAIK BAIK SEMUA . ??#bigjoecarwashanddetailing #Gryariskansai #Tinggalkenangan

? See You in Heaven – Calming Tune

Dalam video itu juga, Pekin menyifatkan kereta jenis Yaris miliknya itu mengalami ‘total loss’. Dalam pada itu, Pekin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang cuba menghubunginya dan mendoakan keselamatannya.

“Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang call, WhatsApp aku, yang DM aku bertanya khabar dan mendoakan benda yang baik-baik.

“Bukan hanya untuk aku, kita berharap doa yang baik-baik kepada sahabat-sahabat aku yang bawa kereta dan ada dalam kereta tu,” katanya.

Sementara itu, Pekin berkata lagi kejadian tersebut berlaku sekelip mata dan belum lagi mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut.

×