Baru 3 Tahun, Anak Neelofa Lancar Baca Al-Fatihah

Anak sulung kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal menjadi perhatian ramai apabila lancar membaca surah Al-Fatihah meskipun baru berusia tiga tahun.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa memuat naik video menjelaskan mengenai hadiah Al-Quran yang diterima daripada Betty Rahmad.

BACA: Neelofa Syukur Bilal Minat Al-Quran, Hafal Surah Lazim & Permulaan Yasin

@seorangnur

MasyaAllah Muhammad Bilal ??? Sayang budak tecik ni ?? #neelofa #harisismail #bilal

? Qalbi Fil Madinah – Maher Zain & Harris J

Namun, apa yang mencuri perhatian kedengaran Bilal membaca surah Al-Fatihah dengan lancar sekaligus membuatkan netizen teruja.

Diruangan komen video yang dimuat naik semula di TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kelancaran Bilal membaca surah berkenan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan sebutan Bilal membaca surah lazim itu seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah serta memuji didikan Neelofa dan suaminya, PU Riz.

SUMBER: BH Online

×