Pendakwah selebriti, PU Riz atau Haris Ismail akui terkejut dan terkilan apabila ditegur oleh pak cik yang menyelia surau sementara dia menunggu waktu solat.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz berkata dia ditegur dengan nada agak keras oleh individu berkenaan hanya kerana dia baring di surau sementara menunggu waktu solat.

BACA: PU Riz Mahu Lihat Abdullah Abbas Bergelar Hafiz Al-Quran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menurut PU Riz, dia bukan individu yang bukan selalu berkesempatan berjemaah waktu Maghrib kerana waktu yang pendek, namun pada hari tersebut dia baring sebentar sementara menunggu waktu solat.

“Sajala kongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainnya, haritu saja la tunggu kan waktu solat. Last terkejut I kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la. Saja kongsi,” tulisnya.

Tambah PU Riz, menunggu waktu solat dengan beriktikaf di dalam surau atau masjid dituntut dalam agama serta turut menyertakan sekali hadis yang menyatakan hal tersebut.

×