Bapa Mentua Anggap Aziz M Osman Menantu Yang Baik

Semalam Puteri Lily mendedahkan dia dan pengarah, Aziz M Osman sudah pun berpisah pada bulan lalu selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik BH Online, bekas bapa mentua pengarah itu iaitu Lokman Ghani berkata anak dan menantnunya itu bercerai secara baik serta reda perkahwinan mereka hanya setakat itu sahaja.

BACA: Aziz M Osman, Puteri Lily Bercerai Selepas 13 Tahun

“Saya lihat mereka bercerai secara matang. Saya reda jodoh mereka sampai di sini. Saya tetap anggap Aziz sebagai anak dan ahli keluarga sendiri,” katanya.

Sementara itu, Lokman yang juga pengarah teater berkata dia tidak tahu punca perceraian mereka malah anaknya juga tidak pernah bercerita mengenai rumah tangga mereka.

“Aziz dan Lily ada berjumpa saya memaklumkan yang mereka sudah buat keputusan mahu berpisah (cerai). Sebagai bapa, tentulah saya rasa sedih, tetapi menghormati keputusan mereka dengan baik.

“Cuma, sampai sekarang saya masih tidak tahu apa punca sebenar yang membawa kepada perceraian.

“Selama 13 tahun ini, saya melihat hubungan rumah tangga mereka baik-baik sahaja. Lily pun tak pernah mengadu atau bercerita kisah rumah tangganya kepada saya. Jadi, saya fikir mereka bahagia sajalah,” katanya.

Dalam pada itu, Lokman mendaokan yang terbaik buat mereka serta mengatakan hubungan Lily dan Aziz baik-baik saja. Malah, dia turut menyifatkan Aziz seorang menantu yang baik.

“Saya mohon doakan yang terbaik untuk mereka. Malah, sudah sebulan Aziz dan Lily bercerai, saya lihat hubungan mereka tetap baik seperti biasa. Apapun, saya akan terus mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya.

Semalam, Lily mendedahkan dia dan pengarah itu berpisah secara baik dan bukan kerana orang ketiga serta memohon agar orang ramai mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

×