“Banyakkan Istighfar & Sedekah Supaya Tidak Muflis Akhirat”

Pelakon Nora Danish mengajak peminat untuk membersihkan dalaman diri serta membuang sikap sombong diri.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata dengan  membuang perasaan negatif mampu mencetuskan rasa bahagia dengan hanya mengubah diri sendiri.

BACA: Nora Danish Rancang Berhijab Usia 40 Tahun, Cemburu Tengok Wanita Bertudung

“Bahagia itu tanpa syarat. Di mana kalau kita boleh buang kesombongan diri, ‘bersihkan pakaian’ kita iaitu sifat dalaman kita kita yang keji dan buruk.

“Kita buka pintu hati kita berjihad untuk berubah, menerima qada dan qadar. Kita boleh bahagia tanpa bergantung kepada sesiapa, benda atau tempat. Jom kita usaha ‘bersihkan pakaian’ kita sama-sama,” katanya.

Sementara itu, Nora turut mengajak peminat untuk melakukan  Qiamullail bagi mencari kebahagiaan kerana beribadah pada waktu tersebut melatih untuk tidak letakkan kebahagiaan kepada perkara yang sementara 

Dalam pada itu, Nora turut menyarankan untuk memperbanyakkan istighfar dan sedekah bagi mengelakkan perbuatan mengumpat serta sentiasa bertaubat.

“Nabi berpesan, kita perlu membanyakkan istighfar dan sedekah supaya tidak muflis akhirat. Kerana sudah jadi kebiasaan kita suka ‘membawang’, bila bersedekah itu pula niatkan kepada orang yang pernah kita zalimi.

“Kalau kita nak minta maaf setiap orang yang kita umpat, memang tidak logik apa lagi yang kita tak pernah jumpa. Amalkan sedekah dan sentiasa bertaubat,” kongsinya.

SUMBER: Kosmo

×