Pelakon Diana Danielle berharap isu rumah tangganya dengan aktor Farid Kamil segera berakhir apatah lagi sudah banyak kali naik turun mahkamah.
Memetik mStar Online, Diana turut berharap ianya dapat diselesaikan dan Farid memahami keputusannya itu.
BACA: Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Tak Henti Doa Untuk Kembali Bahagia
“Dah banyak kali turun naik mahkamah. Tapi tetap nak dilepaskan. Saya harap ini selesai. Harap dia (Farid) memahami,” katanya.
Sementara itu, Farid yang tiba dimahkamah dilihat tenang dan tersenyum namun memilih untuk tidak mahu memberikan komen sebelum perbicaraan.
Terdahulu, pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
SUMBER: mStar Online