Penyanyi Shila Amzah mendedahkan banglo miliknya di Hulu Langat yang didiami oleh ahli keluarganya telah pun dikosongkan.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shila juga mengaggap kelemut keluarganya yang hangat diperkatakan oleh netizen sudah pun selesai.
BACA: Syafiq Dah Keluar Dari Banglo, Nafi Pernah Tampar Shila Amzah
“Bab keluarga ini tak payah tanya saya. Yang melaluinya sahaja tahu. “Saya anggap sudah selesai. Daripada segi keluarga, otak saya sudah selesai.
“Sebab kita pun kadang-kadang orang sedarah tak anggap kita sama. Dah ini rezeki kita, kena belajar ambil konsep reda,” katanya.
Dalam pada itu, Shila turut menasihatkan orang ramai agar tidak melayan kerenah adiknya, Amir Syafiq kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
“Kalian tak payah beri perhatian pada dia lagi. Kalau dia nak meratap ke, meratip ke, biarkan sahaja.
“Dia sejenis orang yang tak mengaku salah. Tak tahu diri sendiri memang suka meratip. Jadi, jangan bagi dia perhatian, kalau tidak dia akan makin meratip. Makin dilayan makin naik lemak dia nanti. Biarlah dia cari duit betul-betul,” katanya.