Meskipun semuanya sudah pun selesai, namun kemelut antara pelawak Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nur Hidayah masih menjadi bualan netizen.
Terbaru, Ali memuat naik komen kecaman yang diterima daripada netizen selepas Hidayah berkongsikan kejayaannya membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.
BACA: Hasil Jual Cempedak & Sabun, Hidayah Syukur Berjaya Beli Vellfire
Individu itu bukan saja mengkritik tindakan Ali menjual kereta milik arwah abangnya malah turut melemparkan hinaan serta mempersendakan rupa fizikal pelawak itu.
Tidak melatah dengan komen tersebut, Ali Puteh dengan tenang mengucapkan terima kasih kepada individu itu kerana membuatkan dirinya lebih semangat dan kuat.
“Semangat dan terus kuat bila diperkatakan. Terima kasih atas kata-kata yang sangat indah ini,” tulisnya.
Perkongsian Ali itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang kesal dengan tindakan individu tersebut. Malah, ada yang memberikan kata-kata semangat kepada Ali supaya tabah serta tidak mempedulikan komen negatif berkenaan.