Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan dia bakal menyambut bayi perempuan.
Menerusi video dimuat naik, Atikah bersama suaminya, Datuk Lokman Teh sedang menikmati makan malam sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
BACA: Atikah Suhaime Teruja Bayi Bakal Lahir Tapi Takut Nak Beranak
View this post on Instagram
Turut menjadi perhatian, Atikah berbual bersama suaminya mengenai perancangan masa depan anak perempuan mereka serta berseloroh berharap anaknya itu berkahwin dengan anak raja.
“Beauty with brains, harap-harap dia kahwin dengan anak raja kerana dia sangat bijak,” katanya.
Sementara itu, Lokman pula berkata dia mahukan anaknya itu menceburi bidang perniagaan dan sukakan bidang automotif.
“Saya nak dia jadi macam saya, sukakan kereta dan kapal terbang. Saya mahu dia menyukai hal itu dan bercita rasa tinggi,” katanya.
Atikah dan Lokman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif produk tempatan terkemuka, Zaitun mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.