Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsikan dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fara berkongsikan ramai yang jangkakan bayi dalam kandungan itu adalah anak lelaki namun selepas melakukan imbasan jantina ianya bayi perempuan.
BACA: “Jantina Anak Kau Tahu Tak? Barang Anak Satu Apa Pun Tak Ada Lagi” – Fara Salleh
View this post on Instagram
“Ramai yang jangka bayi lelaki, termasuk saya sendiri. Tapi lepas beberapa kali ujian, sah bayi perempuan. Bayi perempuan kuat dan tabah dalam kandungan saya. Dia sihat dan kuat menendang,” katanya.
Dalam pada itu, Fara memberitahu dia sudah membuat persiapan bagi menyambut kelahiran anak sulungnya itu serta berharap semuanya dipermudahkan.
Untuk rekod, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023. Fara dijangka bakal melahirkan cahaya mata sulung pada Julai depan.